Khamis, 31 Mei 2012

Perjuangan bermula..

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.. dah menghampirir waktu balik,, jadi saya ambil kesempatan untuk update blog nie. Esok dah masuk bulan Jun 2012. Bulan yang penuh dengan pelbagai kursus & akiviti. Tidak terlepas juga Exam yang berderet-deret menunggu. Bulan nie ada lebih kurang 10 program dan 10 exam akan berlangsung. Unit Latihan ada 4 kursus yang, Integriti 3 program dan Psikologi 1 program. Semua nie akan berlangsung sampaikan akan ada program yang bertindih. Jadi kami terpaksa work hard & work smart bulan nie bagi memastikan semua program berjalan lancar. Mungkin jugak ada yang akan bercakap sorang2 lepas nie...hehehehe.. Biasa la, tekanan kerja. ( Biasanya saya la yang selalu jadi macam tu ) Masing-masing mula sibuk dengan tugasan, jadi mulai esok, kena bnyakkan fokus terhadap kerja, masa "cuti sudah abis bro".. time to wake up team. oh ye, pagi tadi saya bersama En Fadzlee dan pemandu En. Azmi berkesempatan ke Kem Force 136, Askar Wataniah, Sungai Miang Pekan. Tujuannya untuk membuat perbincangan bersama Kapten Nizam (pegawai yang menguruskan Program Modul Jati Diri Negeri Pahang) berkenaan siri selanjutnya. Tetapi, kami  tidak berkesempatan bertemu beliau kerana beliau terlibat dengan program Wataniah. Namun kami sempat dibawa oleh En. Azmi (Jurulatih kem) melawat tempat-tempat aktiviti dan menerangkan serba sedikit berkenaan perjalanan kursus kepada En. Fadzlee. Semasa pulang kami singgah di Kedai Apam Balik Pak Awang (belakang Pasar Besar Pekan) sebab En. Fadzlee teringin nak rasa Apam Balik Raja...hehehehe. ok la, setakat ini saja untuk hari nie. Esok saya akan laporkan berkenaan Seminar JKTU yang berlangsung di Kompleks Dagangan Mahkota semalam. byeee..

To be update....

Rabu, 30 Mei 2012

Cerita baru bermula.....

Assalamualaikum dimulakan
Dari saya Updater utama,
Blog lama kita renovatekan
Untuk tatapan kita bersama.

Asalnya blog ini adalah kepunyaan peribadi saya, Mohd Fahmi. Namun atas sebab-sebab tertentu (cth: jarang update), saya telah menukarkan blog ini kepada blog Kumpulan kami. (ini pun atas idea Suriyani @ Kak Sue). Kumpulan ini saya bagi nama PSIINTRACO atas gabungan nama = Psikologi (PSI) + Integriti (INT) + Latihan (TRA) + Komptensi (Co). Blog ini serba sedikit akan memaparkan segala aktiviti (kursus & riadah luar) ahli kumpulan dan juga perkongsian pendapat berkenaan minat @ apa saja yang bermanfaat. Ok, seterusnya saya akan  terangkan tentang ahli-ahli dalam kumpulan ini. Terdiri daripada seorang Penolong Setiausaha dan Pegawai Psikologi, 2 orang Penolong Pegawai Tadbir, seorang Ketua Pembantu Tadbir, 8 orang Pembantu Tadbir dan 2 orang Pembantu Am Pejabat. Baiklah, itu sahaja untuk sesi pengenalan ini. Insyaallah saya akan update gambar2 ahli kumpulan ini pada sesi berikutnya..sekian.. jumpa lagi.