Rabu, 30 Mei 2012

Cerita baru bermula.....

Assalamualaikum dimulakan
Dari saya Updater utama,
Blog lama kita renovatekan
Untuk tatapan kita bersama.

Asalnya blog ini adalah kepunyaan peribadi saya, Mohd Fahmi. Namun atas sebab-sebab tertentu (cth: jarang update), saya telah menukarkan blog ini kepada blog Kumpulan kami. (ini pun atas idea Suriyani @ Kak Sue). Kumpulan ini saya bagi nama PSIINTRACO atas gabungan nama = Psikologi (PSI) + Integriti (INT) + Latihan (TRA) + Komptensi (Co). Blog ini serba sedikit akan memaparkan segala aktiviti (kursus & riadah luar) ahli kumpulan dan juga perkongsian pendapat berkenaan minat @ apa saja yang bermanfaat. Ok, seterusnya saya akan  terangkan tentang ahli-ahli dalam kumpulan ini. Terdiri daripada seorang Penolong Setiausaha dan Pegawai Psikologi, 2 orang Penolong Pegawai Tadbir, seorang Ketua Pembantu Tadbir, 8 orang Pembantu Tadbir dan 2 orang Pembantu Am Pejabat. Baiklah, itu sahaja untuk sesi pengenalan ini. Insyaallah saya akan update gambar2 ahli kumpulan ini pada sesi berikutnya..sekian.. jumpa lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan